Wednesday, January 26, 2011

Sihir Rindu


Aku cuba mencelah di balik awan
Bila angin menampar pipiku
Aku cuba membelah ombak
Bila arus merempuh dadaku
Menyatakan rindu
Yang melolong dan melulu.

Aku bercanda dalam titisan hujan
Tika syair alam dipagari pelangi
Menjalur indah di ufuk senja
Bagaikan wajahmu menyapa rasa
Namun Cuma ilusi
Yang kelam dipagar malam
Dan kalbu didakap dendam.
Aku meloretkan cerita
Dari sketsa nyayian dara
Dari gemersik buluh perindu
Bagaikan bibirmu menyapa sepiku
Namun Cuma mimpi
Yang bisu dan kaku
Dan lemas diseret rindu.

FEQ 84

-- Dewi Asmara --

Thursday, September 10, 2009

Malam Lailatul Qadar

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya: Mulai jam 12.00 tengah malam:
1. Sembahyang sunat wudhuk.
2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca al-Quran.
4. Istighfar:
5. Zikrullah:
6. Bertasbih:
7. Selawat:
8. Sembahyang sunat tahajjud.
9. Sembahyang sunat tasbih.
Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain." Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:
ALLAAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN KARIIM (UN) TUHIBBUL’AFWA FA’FU ‘ANNII
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

--Dewi Asmara--